
Apa yang dinilai untuk jawatan Bomba
Ujian psikometrik membandingkan jawapan anda dengan profil jawatan. Untuk tugas pegawai bomba, ciri-ciri berikut lazimnya penting:
- Disiplin dan patuh arahan: operasi kecemasan bergantung pada rantaian arahan yang jelas.
- Kerja berpasukan: anda bergantung pada rakan setugas, dan mereka bergantung pada anda.
- Tenang dalam tekanan: membuat keputusan yang betul ketika situasi cemas dan berbahaya.
- Keselamatan dahulu: berani, tetapi tetap mematuhi prosedur keselamatan.
- Integriti dan tanggungjawab: jujur, boleh dipercayai, dan sanggup berkhidmat untuk orang awam.
- Daya tahan: kerja syif, keletihan fizikal dan situasi yang menekan emosi.
Bentuk pernyataan yang keluar
Kebanyakan soalan ialah pernyataan tentang diri anda, dan anda memilih sejauh mana anda bersetuju. Contoh di bawah ditulis oleh kami untuk menunjukkan jenis pernyataan, bukan soalan sebenar ujian.
Saya lebih suka menyelesaikan masalah sendiri tanpa melibatkan orang lain.
Menguji kerja berpasukan. Fikir: dalam operasi bomba, bertindak bersendirian tanpa koordinasi boleh membahayakan pasukan.
Dalam situasi kecemasan, saya akan bertindak segera walaupun belum menerima arahan.
Menguji keseimbangan antara inisiatif dan disiplin. Pernyataan seperti ini sengaja "menggoda" calon yang mahu kelihatan berani.
Saya mudah hilang fokus apabila ramai orang bercakap serentak.
Pernyataan negatif tentang ketenangan dalam tekanan. Baca perlahan, kerana pernyataan negatif mudah tersalah jawab.
Strategi 3 langkah
Hayati tugas pegawai bomba
Baca semula skop tugas jawatan. Setiap kali anda menjawab, bayangkan diri anda dalam situasi kerja sebenar, bukan kehidupan harian.
Kenal pernyataan berulang dan negatif
Ciri yang sama diuji beberapa kali dengan ayat berbeza. Pastikan jawapan anda konsisten dari awal hingga akhir.
Latih, kemudian semak huraian
Buat satu set latihan, kemudian baca kenapa sesuatu jawapan lebih sesuai untuk profil bomba. Ulang untuk set berikutnya.
Senarai semak malam sebelum ujian
- Sahkan tarikh, masa dan arahan PSEE di portal rasmi SPA.
- Sediakan peranti, cas penuh dan sambungan internet yang stabil.
- Baca semula ciri-ciri yang dinilai untuk jawatan bomba di atas.
- Buat satu set latihan terakhir dan semak huraiannya.
- Tidur awal. Jawab dengan tenang, jujur dan konsisten.
Soalan lazim
Bila tarikh ujian psikometrik Bomba KB1?
Dalam jadual terkini kami, PSEE Pegawai Bomba Gred KB1 (Semenanjung dan Sabah) dijadualkan pada 26 November 2026. Sentiasa sahkan tarikh dan arahan anda di portal rasmi SPA.
Adakah soalan psikometrik Bomba berbeza daripada jawatan lain?
Format pernyataannya serupa, tetapi profil yang dinilai berbeza. Untuk jawatan bomba, ciri seperti disiplin, kerja berpasukan dan ketenangan dalam situasi berisiko lazimnya lebih penting.
Patut ke saya jawab "Sangat Setuju" untuk semua soalan tentang keberanian?
Tidak semestinya. Keberanian dalam kerja bomba datang bersama disiplin dan mematuhi prosedur keselamatan. Jawapan yang menunjukkan sanggup ambil risiko tanpa mengikut arahan boleh memberi gambaran yang salah.
Boleh ke saya lulus tanpa membeli apa-apa rujukan?
Boleh. Rujukan hanya membantu anda berlatih dengan lebih tersusun. Yang paling penting ialah faham sifat kerja bomba dan menjawab dengan jujur serta konsisten.
Adakah rujukan yang disyorkan di halaman ini daripada SPA?
Bukan. Ia rujukan persediaan oleh Tim Infokerjaya, bukan daripada SPA. Tiada rujukan yang boleh menjamin keputusan ujian.
Baca juga
Dikemas kini 25 November 2026 oleh Nota Kerjaya. Panduan ini bukan daripada SPA; sahkan semua arahan ujian di portal rasmi SPA.